Kronologi

Kronologi

Kronologi Perniagaan: Jejak Kejayaan Kami

Kronologi Pusat Perniagaan Pandan
Uptown Market
2011 - 2024

Ikuti perkembangan dan pencapaian penting perniagaan kami dari awal hingga kini. Temui peristiwa utama yang membentuk perjalanan kami.

2011
Penyerahan Borang
Penyerahan Borang Peniaga Pandan Uptown Market

Penyerahan borang dan sidang media mengenai penganjuran pusat perniagaan pandan uptown market (khemah) oleh persatuan penjaja, peniaga dan pengusaha industri kecil melayu, johor bahru di lc catering restoran.

2011
Temuduga Peniaga
Temuduga Bagi Kemasukan Peniaga Di Pandan Uptown Market

Temuduga oleh Perjawatan Persatuan Penjaja, Peniaga dan Pengusaha Industri Kecil Melayu, Johor Bahru di Sangkar Kristal. Seramai 200 peniaga hadir untuk ditemuduga dan hanya 130 peniaga yang layak untuk berniaga di Pandan Uptown Market (Khemah).

2011
Operasi Pertama
Pandan Uptown Market (Khemah) Beroperasi

Hari pertama pandan uptown market (khemah) beroperasi dengan kemasukan peniaga. Sebanyak 130 lot disediakan kepada peniaga untuk dipenuhi. Waktu operasi Pandan Uptown Market (khemah) adalah dari jam 5.00 petang sehingga 2.00 pagi setiap hari kecuali hari Isnin.

2011
Perasmian
Perasmian Pandan Uptown Market (Khemah)

Perasmian disempurnakan oleh wakil rasmi YAB Menteri Besar Johor merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Pelajaran dan Pengajian Tinggi Negeri Johor – YB Datuk Haji Maulizan Bujang pada 24 Jun 2011.

Turut hadir bersama Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru – YB Datuk Haji Ismail bin Karim dan dif-dif kehormat yang lain.

2012
Transformasi
Tranformasi Penjaja Kepada Peniaga – Pembangunan Semula Pandan Uptown Market, Johor Bahru

Sejajar dengan kehendak semasa dan pembangunan Bandaraya Johor Bahru, Persatuan Penjaja, Peniaga dan Pengusaha Industri Kecil Melayu, Johor Bahru dan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) telah mentranformasikan penjaja kepada peniaga yang mempunyai premis sendiri di Pandan Uptown Market.

Mendirikan bangunan separa kekal dan mempunyai 130 lot kedai dengan pelbagai jenis perniagaan disediakan.

2012
Pra Perasmian
Pra Perasmian Bangunan Pandan Uptown Market, Johor Bahru

Pra Perasmian bangunan Pandan Uptown Market, Johor Bahru telah di sempurnakan oleh YB Datuk Haji Ahmad bin Mazlan – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 25 Mei 2012

2013
Majlis Perasmian
Majlis Perasmian Pusat Perniagaan Pandan Uptown Market, Johor Bahru

Majlis perasmian Pusat Perniagaan Pandan Uptown Market, Johor Bahru telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Johor – Datuk Seri Haji Mohamed Khaled Nordin pada 2 September 2013

2017
Penyerahan Borang
Majlis Penyerahan Borang 5A

Majlis Penyerahan Borang 5A bersama YB Datuk Haji Md Jais Bin Haji Sarday – Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan Dan Koperasi, Negeri Johor pada 15 Febuari 2017

2023
Majlis Perasmian
Majlis Perasmian Laman Pandan Uptown

Majlis Perasmian Laman Pandan Uptown Yang disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Mohd Noorazam Bin Dato’ Haji Osman – Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru Pada  7 Oktober 2023

Pandan Uptown Market

© 2024 Hak Milik Pandan Uptown Market

Kekal Bersama Kami

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.